Padah potong Q, langgar lampu isyarat

Iklan
Polis mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya pada Ops Utama Kesalahan Potong Q dan Lampu Isyarat di lima buah daerah di Kedah. FOTO JSPT Kedah.
ALOR SETAR - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah mengeluarkan sebanyak 244 saman pada Ops Utama Kesalahan Potong Q dan Lampu Isyarat di lima buah daerah di negeri ini bermula 1 Januari sehingga Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, sebanyak 16 operasi diadakan dalam tempoh tersebut membabitkan tiga operasi di daerah Kota Setar, Kuala Muda (tiga), Kulim (lima), Kubang Pasu (tiga) dan Pendang (dua).

Menurutnya, hasil keseluruhan operasi ini, sebanyak 84 saman dikeluarkan bagi kesalahan Potong Q dan 160 saman pula adalah kesalahan tidak berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah.

Iklan
Iklan

"Daripada statistik jumlah saman tersebut, menunjukkan sikap pengguna jalan raya masih tinggi untuk mengingkari undang-undang sedia ada.

"JSPT Kedah akan terus melaksanakan penguatkuasaan ini secara berkala bagi mendisiplinkan pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Jelas Mohd Mahiri, daerah Kulim menjadi lokasi paling tinggi menerima saman iaitu 114 diikuti Kuala Muda (63), Kota Setar (37), Kubang Pasu (21) dan Pendang (9).

"Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang lalulintas bagi mengelakkan kemalangan berlaku dan pengguna jalan raya yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan," ujarnya.

Iklan