Tan Jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India

Iklan
Aksi Tan Jie (kiri) dan Yen Wei pada final Terbuka India 2022, pada Ahad. - Foto BAM

PASANGAN beregu campuran negara, Cheng Tan Jie-Peck Yen Wei terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara Kejohanan Terbuka India 2022, apabila tumpas 15-21, 18-21 kepada pasangan Singapura, Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han pada Ahad.

Tan Jie-Yen Wei yang menduduki ranking ke-40 dunia dilihat menerima tentangan sengit daripada Yong Kai-Wei Han.

Iklan
Iklan

Pasangan beregu negara bermula baik pada set pertama, namun pasangan Singapura dilihat berjaya mempamerkan aksi lebih konsisten bagi memenangi set pertama 21-15.

Kekalahan di set pertama itu bagaimanapun tidak melemahkan semangat pasangan negara untuk bangkit memberikan tentangan sengit pada set kedua.

Iklan

Bagaimanapun, beberapa kesilapan dilakukan pasangan negara dimanfaatkan sebaiknya oleh pasangan Singapura itu bagi mencatatkan kemenangan pada set kedua 21-18.

Biarpun sekadar muncul naib juara, kejayaan mara ke final dalam siri Jelajah Dunia BWF Super 500 di Terbuka India kali ini dilihat pencapaian terbaik dan cukup membanggakan daripada Tan Jie-Yen Wei setakat ini.

Iklan