Liverpool pintas Chelsea, himpit Manchester City

Iklan
Minamino meraikan jaringan bersama Firmino.

LIVERPOOL naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jaringan Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino membolehkan The Reds menang 3-0 ke atas Brentford di Anfield.

Tiga mata tersebut menyaksikan anak buah Jurgen Klopp memintas Chelsea dalam carta dan 11 mata di belakang pendahulu Manchester City dengan kurang satu perlawanan selepas menewaskan Chelsea 1-0 pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu juga menamatkan tiga perlawanan tanpa kemenangan liga Liverpool sebelum ini yang menyaksikan The Reds ketinggalan dalam perebutan kejuaraan.

Biarpun begitu Liverpool beraksi tanpa Mohamed Salah dan Sadio Mane yang beraksi di Piala Negara-Negara Afrika, terus bergelut membuka benteng pertahanan Brentford.

Iklan

Tuan rumah berjaya menembusi gawang The Bees seminit sebelum rehat apabila sepakan sudut Trent Alexander-Arnold disudahkan Fabinho.

Kelab London itu yang ketinggalan terus membuktikan status lawan berdaya tahan selepas rehat menyaksikan percubaan Diogo Jota terkena tiang pada minit ke-62 sebelum tindakan penyudah Alexander-Arnold dinafikan penjaga gol Brentford, Alvaro Fernandez.

Iklan

Usaha Brentford untuk kembali dalam perlawanan akhir tidak kesampaian apabila Oxlade-Chamberlain meledak jaringan minit ke-69 apabila menanduk masuk hantaran lintang Andy Robertson.

Pemain gantian Minamino kemudian melengkapkan kemenangan selesa The Reds selepas pemain Jepun tersebut menyudahkan hantaran Roberto Firmino.

"Kami memerlukan tiga mata ini dan persembahan yang baik jadi ia bagus untuk melakukannya di hadapan peminat.

Kemenangan ini meningkatkan keyakinan kami dalam mengharungi baki saingan liga.

"Pasukan bermain sangat baik dengan bola.

Tiga pemain depan juga bermain dengan sangat baik.

Kami mencipta banyak peluang menjaringkan gol.

Ia adalah peluang untuk semua orang menunjukkan kualiti dan meningkat.

Kami melakukannya hari ini," kata Fabinho.

KEPUTUSAN

Liverpool 3-0 Brentford

Fabinho (44')

Oxlade-Chamberlain (69')

Minamino (77')

West Ham 2-3 Leeds United

Harrison (10',37', 60')

Bowen (34')

Pablo Fornals (52')