Tiada lagi kelibat Benitez di Goodison Park

Iklan
Benitez

EVERTON memecat pengendali Rafa Benitez pada Ahad berikutan kekalahan 2-1 di Norwich City yang menyaksikan kelab Merseyside itu kini berkedudukan enam mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat ke-16, selepas 19 perlawanan.

Benitez dilantik enam bulan lalu merupakan bekas pengurus Liverpool itu menjadi pilihan kontroversi bagi para penyokong Everton dan selepas permulaan yang memberangsangkan pada musim ini The Toffees mula merudum ke bawah.

Iklan
Iklan

"Benitez, yang menyertai Everton pada Jun 2021, telah meninggalkan kelab itu berkuat kuasa serta-merta.

"Kemas kini mengenai pengganti tetap akan dibuat dalam masa terdekat," kata Everton dalam satu kenyataan.

Iklan

Tekanan mula memuncak ke atas Benitez selepas tewas 4-1 kepada Liverpool pada awal Disember menyaksikan kekalahan paling buruk di derbi Merseyside dalam tempoh 39 tahun.

Pengarah Everton, Marcel Brands meninggalkan peranannya selepas berdepan dengan para penyokong ketika dia meninggalkan kotak pengarah berikutan kekalahan itu dan terdapat laporan konflik di tempat lain dalam kelab.

Iklan

Untuk rekod, Everton hanya menang sekali dalam saingan liga sejak September dan para penyokong The Toffees yang di Carrow Road mengubah kemarahan kepada pengendali dari Sepanyol itu dan lembaga pengarah kelab selepas kekalahan kepada Norwich.

"Sejak hari pertama, kakitangan saya dan saya sendiri bekerja seperti biasa, dengan komitmen dan dedikasi penuh, kami bukan sahaja perlu mendapat keputusan, tetapi kami juga perlu memenangi hati orang ramai.

"Bagaimanapun, keadaan kewangan kemudian kecederaan menyusul menyukarkan keadaan. Saya yakin kami akan menjadi lebih baik sebaik sahaja para pemain yang cedera kembali selain ketibaan pemain baharu.

"Jalan menuju kejayaan bukanlah mudah dan menyedihkan, pada masa kini dalam bola sepak ada pencarian untuk keputusan segera dan sentiasa ada kesabaran yang semakin berkurangan, malangnya keadaan menentukan keputusan dan tidak mungkin untuk meneruskan projek ini," kata Benitez.

Bekas pengurus Real Madrid dan Valencia, Benitez adalah pengurus terbaru yang gagal memenuhi jangkaan di Goodison Park, menyaksikan kelab kini sedang mencari ketua jurulatih ketujuh dalam tempoh enam tahun.

Sejak pengurus Belgium Roberto Martinez meninggalkan kelab itu pada 2016, Everton telah beralih kepada pengendali dari Belanda, Ronald Koeman, pengendali Inggeris, Sam Allardyce, Marco Silva dari Portugal dan Carlo Ancelotti dari Itali sebelum Benitez.