'Saya sudah lama tidak menang trofi'

Iklan
Pemain-pemain Real Madrid meraikan kejayaan menjulang kejuaraan Piala Super Sepanyol di Riyadh.

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti memuji tugasan sempurna yang dilakukan dengan baik para pemain Los Blancos selepas menang 2-0 ke atas Athletic Bilbao dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol di Arab Saudi, sekaki gus memperoleh gelaran ke-21 dalam karier pengurusannya dan kelima bersama kelab gergasi La Roja itu.

"Ya, saya memenangi banyak trofi, tetapi sudah lama sejak trofi terakhir saya.

Iklan
Iklan

"Kemenangan mewakili pengakhiran kerja anda.

Di mata umum, ini bermakna anda telah melakukan kerja yang baik, tetapi itu tidak selalunya benar.

Iklan

Saya fikir telah melakukan tugas dengan baik di Everton dan Napoli, tetapi saya tidak menang di sana," kata Ancelotti pada sidang akhbar di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Kejuaraan Piala Super merupakan trofi pertamanya sejak memenangi Piala Super Jerman 2017 bersama gergasi Bundesliga Bayern Munich, empat setengah tahun lalu.

Iklan

Pengendali berusia 62 tahun itu pernah mengendalikan Real Madrid ketika memenangi trofi Liga Juara-Juara ke-10 pada 2014.

Ancelotti juga memenangi Piala Raja Sepanyol, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab bersama Real Madrid dalam tempoh pertamanya mengendalikan, yang berakhir pada 2015.

Dia yang kini memimpin Real Madrid menerajui saingan La Liga hanya perlu memenangi kejuaraan tertinggi Sepanyol itu untuk menjadi pengurus pertama dalam sejarah kelab memenangi kesemua enam trofi utama.

"Saya rasa bertuah dan bangga berpeluang menguruskan pasukan yang mempunyai sejarah unik dalam bola sepak Sepanyol ini.

"Sejujurnya anda tidak boleh jemu untuk menang.

Ia indah, malah ia sesuatu yang sangat anda nikmati, apabila melihat pemain gembira, meraikannya," kata Ancelotti.

Ditambah kepada lima trofi bersama Real Madrid, Ancelotti memenangi tiga sebagai pengurus Bayern, satu dengan Paris St-Germain (PSG), tiga dengan Chelsea, lapan dengan Milan dan satu dengan Juventus.

Real Madrid mendahului La Liga dengan 49 mata selepas mengharungi 21 perlawanan, lima mata di depan Sevilla di tempat kedua.

Los Blancos bersaing dalam Liga Juara-Juara, akan menentang PSG pada pusingan 16, manakala Piala Raja Sepanyol akan berdepan Elche di laman lawan pada Khamis depan, juga dalam 16 terakhir.

"Kami tidak akan mempunyai masa untuk meraikannya, terdapat satu lagi kejuaraan dalam beberapa hari," kata Ancelotti.

Pada perlawanan di Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh itu jaringan Luka Modric pada minit ke-38' dan penalti minit ke-58', Karim Benzema mengesahkan kemenangan sempurna Los Blancos 2-0 ke atas Athletic Bilbao.