21 penagih kena cekup

Iklan
Ramli (depan tiga dari kiri) bersama anggotanya melakukan pemeriksaan penagih yang dicekup dalam dua operasi berasingan pada Isnin.

KUALA SELANGOR - Seramai 21 penagih dicekup dalam dua serbuan di beberapa lokasi penagihan dadah di sekitar kawasan ladang kelapa sawit di Ijok dan Bukit Rotan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mereka yang ditahan berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis merampas syabu seberat 5.20 gram dan 25 gram heroin yang dianggarkan bernilai RM1,000 manakala ujian saringan air kencing mendapati 15 daripada mereka positif dadah.

"Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Selangor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A (1) dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada Isnin.

Iklan

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati kebanyakan dadah dibeli dari kawasan luar dan dua port penagihan baharu beroperasi sejak seminggu lalu.

"Sarang penagihan seumpama itu kebiasaannya akan sentiasa berubah dan kegiatan berkenaan turut mengundang pelbagai jenayah lain.

Iklan

"Kami akan terus menjalankan operasi dan tindakan secara berterusan bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah," katanya.