Chelsea belum mahu mengalah

Iklan
Alonso

PEMAIN pertahanan Chelsea, Marcos Alonso percaya The Blues mempersia-siakan peluang terakhir untuk kekal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-0 kepada pendahulu Manchester City pada Sabtu.

Jaringan Kevin De Bruyne pada minit ke-70 melebarkan status Manchester City kepada 56 mata selepas mengharungi 22 perlawanan, 13 lebih banyak daripada Chelsea yang berada di tangga tiga.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya keputusan perlawanan begitu amat mengecewakan, ia mungkin peluang terakhir untuk terus berjuang memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

"Biarpun begitu kami akan terus mencuba sehingga akhir, sehingga ia hilang secara matematik, walaupun ia menjadi sukar sekarang.

Iklan

"Kami perlu memikirkan mengenai Brighton & Hove Albion dalam beberapa hari ini, menang yang itu, teruskan latihan bersungguh-sungguh dan tidak melihat jadual pada masa ini,” kata Alonso.

Sementara itu, Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel menyuarakan kebimbangan mengenai ketidakupayaan The Blues untuk memberi ancaman kepada pertahanan Manchester City, yang diperkukuhkan pertahanan berkualiti.

Iklan

"Peluang itu ada tetapi kami kurang membuat keputusan yang baik pada sepertiga terakhir untuk mencipta lebih banyak peluang atau menjaringkan beberapa peluang.

"Kami mempunyai beberapa peluang untuk mendahului 1-0 dan kami tidak begitu jauh untuk memperoleh sesuatu daripada perlawanan menentang Manchester City.

"Kami menjangkakan perkara seperti ini sebelum perlawanan tetapi kami bersaing dengan baik jadi sudah tentu kami amat kecewa,” katanya.

Chelsea bertandang ke Brighton pada awal pagi Rabu, sebelum melayan derbi London menentang Tottenham Hotspur pada 23 Januari