Masyarakat majoriti perlu kasihi minoriti

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Masyarakat majoriti di negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama perlu mengasihi golongan minoriti agar dapat membentuk persefahaman, sekaligus menolak segala prasangka buruk.

Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, persefahaman dan saling mengasihi menjadi faktor terpenting dalam mewujudkan suasana harmoni bagi sesebuah negara.

Iklan
Iklan

"Agenda hidup bersama, yang majoriti mengasihi golongan minoriti perlu diberi penekanan.

"Usaha ini penting supaya mana-mana kelompok tidak berasa terancam dengan kehadiran pihak lain.

Iklan

"Sudah pasti insiden tembakan yang berlaku di Christchurch, New Zealand ini memberi tamparan hebat kepada seluruh masyarakat dunia, apatah lagi New Zealand dikenali antara negara yang selamat dan mengamalkan kepelbagai agama,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada program bual bicara bersama Astro Awani bagi membincangkan topik Serangan ke atas Masjid Christchurch: Antara Xenophobia dan Islamophobia, malam tadi.

Iklan

Menurut Ahmad Fahmi lagi, menyedari mimpi buruk yang sedang dialami seluruh masyarakat dunia khususnya umat Islam di New Zealand, pihaknya akan menggerakkan kempen untuk terus memastikan masjid tempat selamat.

"Kalau di tanya pada saya sendiri, sehingga kini saya masih lagi terkejut dengan video serangan itu.

"Tetapi kita di pihak GPM akan memainkan peranan untuk mengajak umat Islam untuk penuhi masjid-masjid.

"Usaha yang diambil ini dilakukan supaya dapat memulihkan kembali psikologi masyarakat yang terkesan dengan insiden berdarah itu,"katanya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha turut hadir sebagai panel bersama dalam program yang disiarkan secara langsung itu.