Aktiviti pendakian di HSK Selangor dibenar mulai Februari

Iklan
Aktiviti pelancongan pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal di negeri Selangor dibenarkan semula selepas tempoh larangan berakhir pada 31 Januari ini.

SHAH ALAM - Aktiviti pelancongan pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Selangor dibenarkan semula selepas tempoh larangan berakhir pada 31 Januari ini.

Iklan
Iklan

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian memaklumkan, aktiviti berkenaan akan dibenarkan semula bermula 1 Februari ini.

"Larangan mendaki akan tamat pada 31 Januari dan aktiviti mendaki boleh bermula pada 1 Februari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan peminat dan penganjur sukan serta aktiviti lasak yang berhasrat untuk meneruskan semula aktiviti mereka susulan keadaan cuaca semakin baik.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) tidak membenarkan sebarang aktiviti pendakian di dalam HSK di negeri ini bermula 1Januari.

Iklan

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid dalam satu notis dimuat naik di laman Facebook JPNS dilaporkan berkata, aktiviti pelancongan pendakian itu ditutup sehingga 31 Januari ini.

Menurutnya, orang ramai yang masih berdegil tidak mematuhi arahan penutupan akan diambil tindakan tegas mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

Orang ramai boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447000/03-55447507 atau emel ke admin_eco_park@forestry.gov.my untuk maklumat lanjut.