Pesara guru rugi RM100,000 diperdaya 'ejen insurans', 'sarjan'

Iklan
Seorang pesara guru wanita kerugian RM100,000 selepas ditipu individu yang menyamar sebagai ejen insurans. - Gambar hiasan Foto 123RF

ALOR SETAR - Seorang pesara guru wanita kerugian RM100,000 selepas diperdaya oleh satu sindiket yang menyamar sebagai ejen insurans dan pegawai polis pada awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar memberitahu, pada 3 Januari lalu, mangsa yang berusia 60 tahun menerima panggilan telefon dari individu yang mengaku sebagai ejen insurans dari Kuala Lumpur dan menghubungi berkenaan tuntutan insuran kemalangan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa diarahkan untuk membuat laporan polis secara dalam talian ke Balai Polis Pudu selepas menafikan tentang tuntutan tersebut.

"Kemudiannya, panggilannya disambungkan kepada seorang lelaki yang mengaku seorang pegawai polis berpangkat sarjan dari Balai Polis Pudu untuk membuat pengesahan dan mangsa dimaklumkan terlibat dengan kes penggubahan wang haram

Iklan

"Seterusnya, mangsa diminta untuk memberikan 16 digit nombor yang tertera di kad mesin juruwang automatik (ATM) akaun tempatan miliknya serta butiran perbankan dalam talian untuk tujuan siasatan dan mangsa perlu menunggu selama tiga minggu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, mangsa bagaimanapun berasa curiga dan membuat semakan sebelum mendapati wang dari akaunnya telah berkurangan, yang mana terdapat pindahan wang sebanyak RM100,000 dari akaun milik mangsa ke akaun pihak ketiga secara berperingkat.

Iklan

Tambah Elias, suspek juga mengatakan waran tangkap telah dikeluarkan dan bagi mengelakkan mangsa ditahan pihak polis, wanita itu perlu melaporkan diri kepada suspek melalui aplikasi WhatsApp setiap dua jam.

Jelasnya, pesara guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis pada 13 Januari lepas dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya tidak mudah percaya sepenuhnya sebarang panggilan yang diterima mengaku dari mana-mana jabatan kerajaan atau institusi kewangan.

Elias berkata, orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi sendiri ke jabatan berkaitan untuk pengesahan dan membuat semakan akaun di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my>semakmule sebelum membuat sebarang bayaran.