Sambut Hari Agama Sedunia bertentangan dengan syarak

Iklan
Tangkap layar Facebook Dewan Pemuda Pas.

SHAH ALAM - Perbuatan mengiktiraf agama Islam setara dengan agama lain tidak dikira menghormati perbezaan agama, malah ia merupakan ajaran pluralisme yang menyesatkan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, perkara ini telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam kali ke-74 pada tahun 2006.

Iklan
Iklan

"Antara bentuk mengiktiraf agama lain sama seperti agama Islam dan bertentangan dengan syarak adalah dengan menyambut atau meraikan Hari Agama Sedunia.

"Sambutan ini asalnya dimulakan oleh penganut agama Bahai yang bertunjangkan kesatuan agama atas dasar toleransi dan menyemai rasa kasih sayang antara agama.

Iklan

"Namun sebenarnya, ia bercanggah dengan Islam yang menghormati perbezaan agama tanpa meletakkan semua agama sama dengan Islam," katanya dalam hantaran di Faceebok Dewan Pemuda Pas Malaysia pada Isnin.

Afnan Hamimi berkata, setiap golongan masyarakat di negara ini menghormati agama lain dengan mengiktiraf kebebasan beragama, menghormati hak mengamalkan ajaran agama serta memberi ucapan selamat pada setiap perayaan yang disambut.

Iklan

Namun katanya, pluralisme dan kesatuan agama bukanlah cara mengharmonikan antara agama, sebaliknya membawa kecelaruan yang menghakis kepercayaan agama dan ajaran sebenar.

"Pluralisme agama menimbulkan lebih banyak permasalahan berbanding kebaikan.

"Dalam meraikan kepelbagaian agama dan kaum dalam sebuah negara masyarakat majmuk di Malaysia, cukuplah kita umat Islam berpegang dengan Fiqh Taayush yang telah disusun oleh para alim ulama," katanya.

Justeru tegasnya, Islam hanya meraikan kepelbagaian agama dan kaum, namun tidak sehingga mengiktiraf agama lain setaraf dengan agama Islam.