'Terus tabah sayang, ALLAH tahu yang terbaik'

Iklan
Gambar busana yang dikongsikan menerusi Instagram Story Atikah Suhaime/@therealatikahsuhaime.

IBARAT pelamin anganku musnah, pelakon Atikah Suhaime yang berkongsi foto busana pengantin untuk majlis pernikahan dan persandingannya membuatkan netizen terharu.

Kelmarin kecoh di media sosial apabila pelakon kelahiran Singapura itu dan pasangannya, Awi Rafael mengumumkan bahawa mereka telah membatalkan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung Ahad ini.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh mereka menerusi Instagram masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah, Awi tak jadi kahwin...

Iklan

Tak mahu buka aib sesiapa : Awi Rafael

Atikah atau nama sebenarnya Nor Atikah Mohd Suhaime, 28, yang juga menyambut ulang tahun kelahirannya semalam, 15 Mac turut berkongsi kek yang ditempah khas.

Iklan

Pasangan ini sepatutnya bernikah sempena tarikh istimewa ini sebelum resepsi perkahwinan dirancang dua hari kemudian.

"@salwahomecake sepatutnya buat kek empat tingkat sebagai kek untuk majlis saya bersama menara macaroon dan kek cawan. Tapi ini adalah kek hari lahir tercantik yang saya pernah terima.

"Pengajarannya, jangan buat keputusan rancang majlis perkahwinan sama dengan raikan hari jadi. Kamu akan menderita setiap hari jadi anda datang jika perkara ini berlaku," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Pasangan ini mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan tiga hari sebelum majlis berlangsung.

Atikah dan Awi mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu.

Pelakon itu turut memuat naik tiga helai baju pengantin yang sepatutnya digayakan pada majlis berkenaan.

Tiga helai itu merupakan gaun berwarna putih, baju songket dan kebaya Indonesia untuk majlis akad nikah.

Atikah turut membuat luahan perasaan menerusi entri tersebut.

"Pada penghujung harinya, ianya bukan tentang busana cantik dan solekan dan dekorasi lagi. 'Muzik' dalam hidup saya yang telah hilang," ujarnya.

Rata-rata pengikut pelakon ini memberikan kata-kata semangat selain turut mengucapkan selamat ulang tahun ke 28 buat artis itu.

"Selamat hari lahir @therealatikahsuhaime... Terus tabah... ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kamu," tulis noramohammedazam

"Terus tabah sayang, mungkin ALLAH merancangkan sesuatu yang lebih baik sayang," tulis nsykirahnmad.

"@therealatikahsuhaime... Terus tabah... Ujian ALLAH... Semoga terus tabah dan kuat hadapi... Pasti ada yang lebih baik menanti awak di masa hadapan... Banyakkan berdoa... Semoga ALLAH lindungi awak hingga akhir nafas," tulis mizzfaz10

"Kuatkan semangat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah... Jangan risau ALLAH itu ada... Maha mengetahui... Semoga dipermudahkn segala urusan awak," tulis nabillahuda78.