Seorang lelaki maut, dua wanita cedera

Iklan
Antara kenderaan yang terbabit dalam nahas tersebut di KM 18 Jalan Lipis-Benta pada Isnin. -Foto ihsan PDRM

LIPIS - Seorang lelaki maut dan dua wanita cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer (KM)18 Jalan Lipis-Benta di sini pada Isnin.

Kejadian kira-kira jam 7.39 pagi itu membabitkan kereta jenis Perodua Axia, Proton Saga dan dua Proton Persona.

Iklan
Iklan

Pemandu Axia, Nik Mohd Yusri Raja Abdullah,27 beralamat Bukit Beruntung, Rawang Selangor meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta sama iaitu kakak mangsa, Nik Norhidayu, 32 cedera akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, seorang lagi mangsa iaitu pemandu kereta Persona, Nur Izzati Yahya, 30 turut alami kecederaan.

Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Axia bergerak dari arah Lipis menghala ke Benta yang dipandu lelaki itu bersama kakaknya.

"Apabila sampai di tempat kejadian, Axia tersebut telah memotong kenderaan lain di hadapannya tetapi gagal menyebabkan Axia itu melanggar tayar belakang Saga yang datang dari arah bertentangan.

Iklan

"Ia menyebabkan seterusnya bertembung secara depan dengan Persona yang juga dari arah bertentangan.

"Akibat pelanggaran tersebut, Persona itu telah dianggar sebuah lagi Persona lain dari arah belakang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebuah kenderaan yang terbabit dalam nahas empat buah kereta di KM18 Jalan Lipis-Benta pada Isnin. -Foto ihsan PDRM

Ujarnya, kejadian menyebabkan pemandu Axia maut di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan manakala penumpang kereta itu dan pemandu Persona masih dalam rawatan di Hospital Kuala Lipis.

"Dua lagi iaitu pemandu kereta Saga dan Persona, masing-masing lelaki berusia 33 tahun tidak cedera.

"Kemalangan berlaku adalah berpunca daripada pemandu Axia yang memotong di garisan berkembar dan memasuki laluan bertentangan," tambahnya.

Dalam pada itu, Azli memberitahu kenderaan terlibat akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kerosakan kemalangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya lagi.