BATU PAHAT - Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor menyampaikan sumbangan lima Troli Ibadah kepada Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, pada 11 Januari lalu.
Acara penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengerusinya, Yusof Jamar kepada Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Badrul Hisham Abdullah.
Iklan
Iklan
Troli ibadah dilengkapi dengan al-Quran, sejadah, radio, fon kepala, tasbih digital, penyembur dan kelengkapan tayamum untuk kegunaan pesakit dan staf hospital.
"Sumbangan berupa Troli Ibadah adalah atas rasa tanggungjawab bersama bagi membantu masyarakat dalam menunaikan ibadah solat dengan sempurna walaupun dalam keadaan keuzuran.
"Selain itu, ia dapat menggalakkan pesakit atau staf menjalankan ibadah dengan mudah dengan menggunakan bahan yang disediakan di Troli Ibadah.”
Sementara itu, Badrul Hisham merakamkan penghargaan atas sumbangan Troli Ibadah yang mampu dimanfaatkan oleh pesakit dan staf bagi menjalani ibadah di hospital.
"Troli Ibadah menjadi kemudahan bagi pesakit yang memerlukan sama ada di wad atau sementara menunggu rawatan susulan di klinik pakar,” katanya.