Liga-M: MFL tamat kontrak TM

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Kevin Ramalingam ketika sidang media khas selepas mesyuarat bersama para Anggota Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) di Johor Bahru hari ini. Foto: Bernama

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengambil keputusan menamatkan kontrak dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) berkuat kuasa serta-merta selepas penaja utama Liga Malaysia (Liga-M) itu gagal menjelaskan pembayaran hak penyiaran musim ini.

Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata keputusan tersebut diambil selepas perbincangan untuk meneruskan perjanjian kerjasama penajaan dengan TM tidak berjalan lancar.

Iklan
Iklan

Justeru, Tunku Ismail meminta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam mengadakan perbincangan rasmi dengan pihak yang berminat menjadi penaja baharu Liga-M musim ini,

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang disampaikan Kevin selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL menerusi persidangan video di sini semalam.

Iklan

"Sebelum ini kita mendapat pertanyaan secara tidak rasmi apabila ada pihak mendengar khabar angin bahawa TM tidak mahu meneruskan tajaan Liga-M, namun kita sentiasa menghormati kontrak bersama TM.

"Seperti kita pernah umumkan dahulu, kita sentiasa menjadi rakan kongsi yang baik kepada TM dan mahu memberi mereka masa untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi,” katanya.

Iklan

Selain itu, katanya, MFL sudah banyak kali berusaha mengadakan perbincangan dengan pihak TM tetapi langkah itu menemui jalan buntu.

Oleh itu, katanya, MFL tidak boleh terus menunggu kerana mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan Liga-M.

TM sebelum ini menandatangani kontrak perjanjian selama lapan tahun pada Januari tahun lepas dengan jumlah keseluruhan yang difahamkan sekitar RM480 juta.

Pada masa sama, Tunku Ismail meminta semua pihak khususnya pemegang taruh MFL yang terdiri daripada 24 pasukan Liga-M tidak bimbang di sebalik penamatan kontrak penajaan tersebut.

"MFL sentiasa mengorak langkah untuk menjaga kepentingan pasukan dengan mencari jalan mengukuhkan kewangan pasukan bertanding dalam Liga-M,” katanya.- Bernama