Percaya PDRM siasat kes hakim kanan didakwa lakukan gangguan seksual

Iklan
Musa

SHAH ALAM- Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa semua pihak menyerahkan kepercayaan penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan jenayah moral yang dikaitkan dengan seorang hakim kanan.

Presidennya, Musa Wang berkata, semua pihak juga perlu bertenang, bersabar dan tidak membuat sebarang komen yang boleh menjejaskan reputasi institusi kehakiman syariah di negara ini.

Iklan
Iklan

"PGSM menyeru semua pihak dapat menilai berita, tuduhan atau tohmahan yang diterima atau didengar secara baik dan berhemah dengan pertimbangan menurut kehendak syariah yang berakal serta sewajarnya.

"Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan sewajarnya dan mengambil tindakan menurut undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Musa mengharapkan agar isu yang timbul tidak mematahkan semangat pegawai-pegawai syariah di seluruh negara untuk terus bersama memartabatkan institusi Mahkamah Syariah.

"Pegawai perlu meneruskan hasrat, visi dan misi bagi menjayakan kecemerlangan institusi perundangan dan kehakiman syariah di negara ini,” ujarnya.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam memuat naik video mendakwa seorang hakim kanan terbabit dalam kes gangguan seksual terhadap seorang wanita dengan berbaring dalam keadaan berbogel di bilik tidur wanita berkenaan.

Sehubungan itu, hakim kanan berkenaan telah mengambil tindakan undang-undang ke atas Lokman yang didakwa memuat naik satu video memfitnah dirinya.