PPMM jadi pendamai masjid, remaja dimandikan seperti jenazah

Iklan
Muhammad Hariz ditemui di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas prosiding semakan keputusan kes cubaan mencuri yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Selayang, Khamis lalu.

SHAH ALAM - Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) akan berusaha untuk memenuhi harapan Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, dalam merealisasikan saranan pendamaian antara pihak masjid dengan remaja yang dimandikan seperti jenazah.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, PPMM akan berunding dengan pihak-pihak terlibat secepat mungkin.

Iklan
Iklan

Beliau percaya, ia dapat dilaksanakan dalam jangka masa sebulan, namun tertakluk kepada arahan PPMM berkenaan tindakan pengantara tersebut.

Dalam pada itu, semasa prosiding semakan keputusan kes cubaan mencuri terhadap Daniel Iskandar, 19, di hadapan Hakim Datuk Abd Halim Aman, Muhammad Hariz berkata, pihaknya mengundurkan diri daripada mewakili remaja terbabit.

Iklan

Ini kerana katanya, bagi menghormati barisan peguam yang dilantik oleh Daniel untuk semakan keputusan yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Selayang, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan peguam PPMM sebagai Sahabat Mahkamah (Amicus Curiae) untuk membantu mahkamah dalam prosiding berkenaan.

Iklan

Sementara itu, peguam, Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie selaku peguam pemerhati bagi pihak Masjid Al Islahiah berkata, sebagai institusi masjid, rumah ibadah ini sentiasa membantu golongan kurang bernasib baik, termasuk keluarga pesalah muda itu.

Melihat kepada kesedihan pesalah dan ibunya, Megat Abdul Munir turut berkongsi rasa sebak dengan kejadian tersebut.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan media, Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, PPMM selaku Sahabat Mahkamah akan meneliti penghakiman Mahkamah Tinggi dan mengambil langkah yang diperlukan.

Malah katanya, PPMM akan memajukan laporan lengkap berkaitan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi, kelak.

"Kami merakamkan penghargaan kepada peguam yang telah membantu dalam memastikan keadilan sewajarnya," katanya.