Polis siasat laporan wanita diganggu secara seksual oleh ADUN

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti laporan itu.

Iklan

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Mangsa, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa telah beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit. - Bernama

Iklan