Pas tolak agenda himpit gerakan Islam: Abdul Hadi

Iklan
Abdul Hadi

SHAH ALAM - Pas menolak sebarang agenda yang tidak mengikut acuan Islam tetapi bertujuan menghimpit gerakan Islam dan menyempitkan perjalanannya sehingga berpecah.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti tersebut turut menolak agenda perpaduan fanatik kaum yang sempit serta tidak membawa mesej Islam kepada seluruh manusia.

Iklan
Iklan

"Termasuklah agenda yang melaksanakan Islam secara tidak sempurna berkonsepkan sekularisme, sehingga menolong kemungkaran bangsa sendiri tanpa bersifat integriti,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, kejahilan umat terhadap agama dan ilmu duniawi yang berpandukan Islam antara punca berlakunya agenda serangan pemikiran oleh penjajah sehingga berjaya menghimpit umat Islam.

Iklan

Menurutnya, perkara tersebut menyebabkan kumpulan Islam disingkirkan dan umatnya berpecah belah.

"Ia berlaku akibat agenda penjajah itu yang meninggalkan warisan jahiliah fanatik kaum yang berjenama baharu iaitu nasionalisme yang menjadi penyakit lama yang berakar umbi," katanya.

Iklan

Tambah Abdul Hadi, maka, peranan gerakan Islam yang dibawa oleh parti yang berasaskan Islam yang sempurna seperti Pas ialah membawa umat kepada landasan yang asal mengikut acuan Islam yang sebenar.

"Pas tidak boleh ditarik atau diheret oleh mana-mana pihak supaya menjadi parti nasionalis yang sempit dengan melaksanakan Islam sepertimana zaman penjajah kerana bercanggah dengan mesej Islam yang termaktub dalam perlembagaannya

"Pendekatan terkini ialah mewujudkan konsep Islam memimpin masyarakat majmuk,” ujarnya.