Kebakaran Pelupusan Sampah

Iklan
Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung dilapor terbakar pada kira-kira jam 5 petang Rabu lepas dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela telah membuat penghalang bagi mengelak api terus merebak.

Kebakaran itu membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Foto Bernama.