Isu Azam Baki: Peguam Negara harus bersuara

Iklan
Tan Sri Azam Baki

SHAH ALAM – Selepas beberapa siri demonstrasi dan laporan polis dibuat oleh pihak tertentu, isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki masih lagi tertangguh.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilihat masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendesak Peguam Negara menyatakan pendiriannya sama ada akan wujud kompromi atau tidak dalam penyiasatan SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang dilihat menyiasat satu sama lain.

Kata Gobind, Idrus haruslah menjelaskan bagaimana SPRM dan SC boleh menyiasat dengan betul antara satu sama lain terutamanya apabila ia melibatkan pegawai tertinggi di kedua-dua institusi yang diadukan.

Iklan

Terbaharu Ketua Pesuruhjaya SPRM itu membantah Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dijadualkan pada Rabu.

Tindakan itu menyebabkan mesyuarat berkenaan ditangguh.

Iklan

Azam membantah cadangan agenda yang ditetapkan mesyuarat itu yang yang mahu beliau hadir untuk mendapatkan penjelasan mengenai skandal pemilikan pegangan saham.

Hari ini akan ada lagi satu demontrasi mengenai isu yang sama dianjurkan oleh Pemuda Amanah jam 11 pagi.

Mungkinkah demonstrasi yang dilakukan ini mampu menggerakkan siasatan kes berkenaan?