Kerajaan negeri bawa keluarga Rahimi ke New Zealand

Iklan
Kon Yeow

GEORGETOWN - Kerajaan negeri akan membawa ahli keluarga salah seorang mangsa yang terbabit dalam tragedi tembakan rambang di Christchurch, New Zealand ke negara itu esok.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ahli keluarga terbabit akan diiringi Exco Kebajikan,Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz yang mewakili kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri menzahirkan rasa simpati diatas musibah ini serta merakamkan ucapan takziah kepada New Zealand dan seluruh ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat.

"Kita mengecam sekeras-kerasnya insiden ini yang telah mengorbankan 49 nyawa serta berpuluh-puluh lagi mangsa mengalami kecederaan atas kejadian ini,"katanya menerusi satu kenyataan di sini malam tadi.

Iklan

Semalam, dunia digemparkan dengan kejadian tembakan yang berlaku di Masjid Al-Noor berhampiran Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch yang mengorbankan lebih 40 nyawa.

Salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian itu Rahimi Ahmad,39 anak kelahiran Pulau Pinang dilaporkan tercedera dalam insiden serangan berkenaan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Iklan

Dia yang menetap di New Zealand bersama isterinya Nor Zila Mohammad,39 yang kini sedang menyambung pelajaran dalam bidang perubatan serta dua anaknya,Ahmad Razif dan Nur Afiqah,9.

Difahamkan,mereka tinggal di negara itu sejak 2014.