Kematian pertama di Tonga akibat gunung berapi dasar laut

Iklan
Ombak melanda pantai Tonga selepas tsunami melanda akibat letusan sebuah gunung berapi dasar laut di Lautan Pasifik pada Sabtu lalu. - Foto Twitter/@sakaimoana

NUKU'ALOFA - Kematian pertama akibat letusan sebuah gunung berapi dasar laut yang besar berhampiran negara kepulauan Pasifik Tonga telah disahkan namun tahap kerosakan masih lagi tidak diketahui pada Isnin.

Komunikasi di Tonga hampir terputus selepas letusan gunung berapi itu berlaku pada Sabtu lalu dan usaha bagi memberikan bantuan kecemasan turut terjejas.

Iklan
Iklan

Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai meletus sehingga menyelubungi Tonga sehingga mencetuskan tsunami di seluruh Pasifik dan melepaskan gelombang besar ombak.

Bagaimanapun, dengan talian telefon dan kabel internet bawah laut masih terputus dan ia tidak dijangka akan dibaiki selama berminggu-minggu dengan jumlah sebenar letusan tersebut masih belum diketahui.

Iklan

Kematian pertama yang diketahui di Tonga telah disahkan melibatkan seorang wanita Britain yang dihanyutkan oleh tsunami.

Dia dikenali sebagai Angela Glover, 50, yang tinggal di ibu negara Tonga bersama suaminya James, kata saudara kandung lelaki Glover, Nick Eleini kepada media Britain.

Iklan

Dua wanita turut lemas pada Sabtu lalu di utara Peru dalam kejadian ombak besar yang direkodkan selepas letusan gunung berapi itu, kata pihak berkuasa negara tersebut. - Agensi