OKT mati dalam lokap: Punca kematian paru-paru berair

Iklan
Azri Ahmad

KUALA LUMPUR - Kematian seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) di dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan pada Ahad diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian adalah paru-paru berair.

Iklan
Iklan

"Bedah siasat telah djalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada Isnin mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan punca kematian OKT berusia 37 tahun itu adalah paru-paru berair," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azri memaklumkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Iklan
Iklan

Pada Isnin, media melaporkan USJKT JIPS Bukit Aman menjalankan siasatan terhadap kes kematian OKT di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa.