Terbuka Australia: Muguruza bergelut sebelum mara

Iklan
Muguruza

PILIHAN ketiga, Garbine Muguruza terpaksa bergelut untuk menutup saingan ketika mara ke pusingan kedua Terbuka Australia dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas pemain muda Perancis, Clara Burel di Rod Laver Arena pada Selasa.

Burel yang tampil tanpa tekanan mempamerkan penguasaan apabila berjaya memberikan saingan sengit kepada Muguruza pada set pembukaan.

Iklan
Iklan

Namun pemain Sepanyol yang berstatus finalis di Melbourne Park dua tahun lalu itu ternyata menggunakan segala pengalaman yang ada untuk kembali ke dalam perlawanan.

Kejayaan bekas juara Wimbledon dan Terbuka Perancis itu menoktahkan perjalanan Burel sekali gus menyaksikannya bakal berdepan seorang lagi pemain Perancis, Alize Cornet.

Iklan
Iklan