SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyerahkan bantuan kecemasan yang kemudian akan diikuti dengan bantuan khairat kematian kepada suami wanita yang dipenggal kepala oleh anak lelakinya di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada Sabtu lepas.
Dalam satu hantaran di Facebook LZS memaklumkan bantuan tersebut bagi meringankan sedikit bebanan kepada suami mangsa.