Halimah puas hati pematuhan SOP Thaipusam tahun ini

Iklan
HARI THAIPUSAM

KUALA LUMPUR - Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berpuas hati dengan tahap pematuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) Thaipusam yang ditetapkan kerajaan tahun ini.

Halimah

Halimah juga memuji usaha pihak pengurusan kuil termasuk Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves dan Pengerusinya, Tan Sri R Nadarajah serta sukarelawan kerana dapat mengawal keadaan di kawasan persekitaran kuil semasa sambutan.

Iklan
Iklan

"Walaupun dalam keadaan SOP yang ketat, pihak pengurusan kuil berjaya menjaga keselamatan kesihatan penganut beragama Hindu yang menunaikan nazar bersempena sambutan hari Thaipusam," katanya dalam ucapannya selepas meninjau suasana sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di sini pada Selasa.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Polis Diraja Malaysia kerana dapat memastikan penganut beragama Hindu dapat melaksanakan ibadahnya dengan lancar.

Iklan

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berkata, pihak Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bakal membina sebuah dewan untuk manfaat masyarakat India di kawasan itu dan pembinaannya akan dilaksanakan tahun ini.

"Peranan saya dan Yang Berhormat (Halimah) adalah untuk mendapatkan dana yang secukupnya manakala bagi pengerusi kuil ini pula adalah mendapatkan kelulusan dengan kadar segera," katanya. - Bernama

Iklan