Jangan dekati kawasan Sungai Kim Kim

Iklan
MENCEGAH... Pasukan perbersih giat melakukan kerja pembersihan bahan kimia yang masuk hari kedua di kawasan insiden pencemaran di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang, hari ini.
Seramai 60 pekerja syarikat kontraktor swasta yang dilantik kerajaan beroperasi 24 jam memantau serta membersihkan Sungai Kim Kim bermula dua hari lepas. - Foto Bernama
PASIR GUDANG - Orang ramai dan pihak media diingatkan agar tidak menghampiri kawasan operasi pembersihan dijalankan di Sungai Kim Kim bagi memastikan operasi berjalan lancar.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata kerja pembersihan masih diteruskan mengguna jentera dan mesin secara manual.

"Mohon kerjasama daripada orang ramai dan rakan-rakan media untuk tidak menghampiri kawasan operasi pembersihan serta kawasan 'medic base' bagi memastikan kelancaran operasi.

Iklan
Iklan

"Kerja-kerja pembersihan dikawal selia Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih diteruskan oleh kontraktor menggunakan jentera dan mesin secara manual.

"Di mana kerja-kerja pembersihan dilakukan 24 jam sehari. Sekali lagi orang awam diingatkan agar tidak menghampiri kawasan kejadian semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Menurutnya, setakat pagi ini, 65 lagi pesakit baharu menerima rawatan di hospital.

"Seramai 185 mangsa yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Permai telah dibenarkan pulang dan 65 pesakit baharu telah dimasukkan ke wad.

Iklan

"Jumlah pesakit yang masih menerima rawatan sehingga kini seramai 371 orang berbanding 491 orang semalam. Ini menunjukkan penurunan," katanya.

Katanya lagi, pesakit yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai lapan orang namun semuanya dilaporkan dalam keadaan stabil.

Tambahnya, sejak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) beroperasi pelbagai pihak menghulurkan bantuan termasuk daripada individu, NGO dan syarikat swasta dalam bentuk makanan, peralatan keselamatan, perubatan serta khidmat konsultasi pakar.