Gagal di Olimpik, Ismail Sabri tetap beri kata semangat

Iklan
Chong Wei berkongsi hantaran istimewa sempena hari ulang tahun kelahiran Perdana Menteri ke-62.

SHAH ALAM - Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah pemimpin yang amat beliau sanjungi kerana pernah menjadi pemimpin penting yang mendorong kejayaan serta semangat para atlet negara.

Beliau turut berkongsi kenangan mendapat panggilan telefon daripada Ismail yang memberi kata-kata semangat ketika beliau menerima kekalahan teruk pada Olimpik 2008 di Beijing.

Iklan
Iklan

"Ramai tanya bagaimana saya dapat menghadapi kekalahan yang bertubi-tubi di pentas akhir temasya dunia. Jawapan mutlaknya adalah dengan dorongan semua lapisan Malaysia.

"Di Olimpik 2008 Beijing, di tanah Lin Dan..peringkat akhir, saya kalah teruk 21-8, 21-12. Pernah masa tu disoal sendiri. 'Mungkinlah ini nasib gua', 'mampukah Chong Wei terus berbakti kepada Malaysia?'

Iklan

"Namun apabila panji dinaikkan semasa sesi pemberian pingat, saya merenung Jalur Gemilang yang sekadar menemani bendera China. 'Biar saya cuba. Selagi mampu, saya akan terus cuba. Cuba untuk menaikkan bendera Malaysia satu tahap atas lagi' kata saya dalam hati.

"Sekembali ke dressing room (bilik persalinan), selepas berbual dengan keluarga tersayang. Coach (jurulatih) menghulurkan handsetnya...'Thank you (terima kasih) Chong Wei. Jangan putus asa. Seluruh Malaysia berterima kasih atas pengorbananmu dan don't give up (jangan putus asa)". Ia panggilan dan pesanan daripada Menteri Sukan masa tu, Datuk Seri Ismail Sabri. Dorongan sebegitu amatlah penting kepada atlet-atlet Malaysia," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Hantaran tersebut dibuat istimewa sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Ismail ke-62.

"Hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Anda merupakan seorang pemimpin yang amat saya sanjungi.

"Semoga Malaysia akan kembali maju, padu dan masyhur di bawah kepimpinan anda," katanya.