PENGENDALI sementara Manchester United, Ralf Rangnick berjanji tidak akan menyisihkan Paul Pogba meskipun pemain kelahiran Perancis itu memberi bayangan mahu meninggalkan kelab tersebut.
Kedudukan Pogba di Old Trafford dilihat masih samar selepas pemain tengah itu dilaporkan masih belum menandatangani kontrak baharu sejak berpindah dari Juventus pada 2016.
Difahamkan, ejen pemain berusia 28 tahun, Mino Raiola sudah menghubungi Paris Saint-Germain (PSG) mengenai potensi perpindahan ke Ligue 1 pada musim panas ini.
"Sudah tentu saya akan turunkannya (Pogba). Saya juga menurunkan Nemanja Matic yang akan habis kontrak bersama United pada perlawanan baru-baru ini.
"Malah saya juga akan habis kontrak bersama United penghujung musim ini. Setakat ini, kami mempunyai misi yang sama iaitu untuk berjaya dalam tempoh baki kontrak yang ada," katanya.
Dalam pada itu, Rangnick berharap pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu cergas supaya khidmatnya dapat digunakan pada aksi pusingan keempat Piala FA menentang Middlesbrough pada 4 Februari.
Jelasnya, berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan Pogba ketika sesi latihan pertama selepas mengalami kecederaan betis pada November, dia tidak bimbang dengan komitmen bintang Perancis tersebut.
"Bagi saya ia bukan satu masalah sekiranya pemain itu akan menyambung kontrak atau tidak. Persoalannya kini ada sejauh mana pemain itu mahu bermain lagi bersama-sama rakan sepasukan.
"Saya tidak melihat perkara tersebut ada pada Pogba. Jadi saya menurunkannya seperti biasa," katanya.