WELLINGTON - NEW ZEALAND. Salah seorang mangsa yang maut dalam serangan masjid Al Noor semalam sempat menyantuni penyerangnya.
Hai saudara...kata-kata terakhir mangsa sebelum 'dijawab' dengan tiga das tembakan oleh Brenton Tarrant dalam serangan yang turut dsiarkan secara langsung di media sosial.
Iklan
Iklan
Sekurang-kurangnya 49 terbunuh dan puluhan lagi kritikal selepas Tarrant menyasarkan dua masjid di Christchurch, semalam.
Tarrant yang meminati Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah diberkas dan ke Mahkamah Daerah Christchurch.
Dia berdepan satu dakwaan melakukan pembunuhan, namun hakim Paul Kellar berkata lelaki warga Australia itu berdepan banyak pertuduhan apabila dia dihadapkan semula ke mahkamah pada 5 April depan. - Agensi