Sanggup bayar RM700 untuk masuk Malaysia

Iklan
Antara PATI yang selamat dalam tragedi nahas bot karam di perairan Pontian pada malam Isnin. (Gambar kecil: Kamarul Zaman)

JOHOR BAHRU - Polis Johor mendedahkan 11 pendatang asing tanpa izin ( PATI) dari Indonesia yang cuba memasuki negara ini melalui perairan Pontian , Selasa lalu dikehendaki membayar 2 juta rupiah (RM700) kepada dua tekong, yang membawa mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua PATI wanita berusia 25 hingga 35 tahun itu ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati, dua tekong yang membawa 11 PATI mendapat upah daripada ejen di Indonesia yang menjanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur.

"Selain itu, setiap PATI turut membayar upah kepada tekong sebanyak 2 juta rupiah atau RM700 kepada kedua-dua tekong," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini pada Rabu.

Iklan

Kamarul Zaman berkata, Polis Johor akan terus bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) dibantu Polis Marin, Maritim Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) bagi memperketatkan kawalan kemasukan PATI di negara ini.

Pada Selasa, enam PATI maut, seorang kritikal manakala enam lagi terselamat dalam tragedi bot karam di perairan Pulau Pisang, Pontian kira-kira jam 12 tengah malam, pada Isnin

Iklan

Bot fiber sepanjang 7.61 meter dinaiki dua tekong lelaki dan 11 PATI wanita berusia 21 hingga 35 tahun itu dipercayai bertolak dari Pulau Jaloh Batam, Indonesia kira-kira jam 9.30 malam Isnin.

Mereka dipercayai mahu menyelusup masuk ke negara ini dengan melakukan pendaratan di sebuah jeti nelayan di Api-api di sini.

Namun cuaca buruk dan ombak besar menyebabkan bot fiber terbabit dibadai ombak dan karam.

.