SMK Sulaiman ditutup seminggu, 19 pelajar positif Covid-19

Iklan
SMK Sulaiman di Bentong ditutup selama seminggu bermula Rabu selepas 19 pelajar positif Covid-19.

BENTONG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman di sini ditutup selama seminggu selepas penularan Covid-19 di sekolah berkenaan.

Dalam notis yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, sekolah tersebut ditutup mulai 19 Januari hingga 25 Januari bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Iklan
Iklan

Difahamkan individu positif dibawa ke pusat kuarantin di Kuantan dan Maran manakala kira-kira 34 pelajar yang menjadi kontak rapat turut dikuarantin.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sehingga Selasa, seramai 21 individu disahkan positif Covid-19 melibatkan satu indeks, 19 orang pelajar dan seorang guru.