Kilang kayu terbakar rugi RM1juta

Iklan

TAWAU - Sebuah kilang kayu di Log Pond, Jalan Tanjung Batu mengalami kerugian dianggarkan RM1 juta apabila musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata kebakaran pukul 4.03 pagi itu memusnahkan kilang berkeluasan 120x200 kaki persegi yang menyimpan stok kayu.

Iklan
Iklan

"Sebaik menerima panggilan, seramai 24 anggota bersama empat jentera bergegas ke lokasi dan setelah tiba, api marak dan memusnahkan kilang kayu.

"Anggota bomba berusaha mengawal kebakaran daripada merebak ke kilang berhampiran," katanya.

Iklan

Menurut Sharudy, kebakaran itu dapat dikawal pada pukul 5.49 pagi dan setakat 9.50 pagi pihaknya masih berada di kawasan kejadian.

"Kesukaran yang kami hadapi adalah bekalan dan sumber air diperoleh dari laut yang jaraknya satu kilometer dari lokasi kebakaran," katanya dan menambah bomba masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran. -Bernama

Iklan