MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekerasnya insiden serangan teroris ke atas Masjid Al Noor di Christchurch New Zealand pada Jumaat semalam, yang melibatkan puluhan terbunuh tatkala mangsa sedang solat.
Ini adalah serangan tidak berperikemanusiaan dan bersifat provokatif. Serangan pengecut ini sama sekali tidak boleh meredakan semangat umat Islam untuk menunjukkan kesatuan dan mempertahan kemuliaan Islam.