Tapak pelupusan Pulau Burung diisytihar kawasan bencana tahap satu

Iklan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan kaedah bom air bagi menjalankan operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Byram, Pulau Burung pada Rabu. - Foto Bernama

NIBONG TEBAL - Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung diisytiharkan sebagai kawasan bencana tahap satu berikutan kejadian kebakaran yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lim Chong Chern berkata, pengisytiharan itu dibuat atas faktor keselamatan susulan pencemaran udara yang mengancam kesihatan penduduk.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, operasi tapak pelupusan sampah itu berjalan seperti biasa memandangkan kawasan berkenaan tidak digazetkan sebagai kawasan bencana.

"Dengan asap yang keluar dari kebakaran tapak pelupusan ke kawasan sekitar, kita telah mengisytiharkan kawasan tapak pelupusan itu sebagai kawasan bencana tahap satu.

Iklan

"Operasi bencana di kawasan itu sudah dilakukan sejak 17 Januari dan sehingga kini masih berjalan,” katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Chong Chern (dua dari kanan) bersama Mohd Hafizal (kanan) dan Sharifah Zakiah (dua dari kiri) pada sidang media berkenaan insiden kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung pada Rabu.

Mengulas lanjut, Chong Chern berkata, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kebakaran itu serta kehilangan harta benda oleh penduduk yang diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Iklan

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Hafizal Timaradin berkata, operasi pemadaman api menggunakan kaedah bom air menunjukkan hasil positif selepas berjaya memadam 35 peratus kebakaran yang berlaku.

"Buat masa ini, kita sudah memadamkan kira-kira 35 peratus kebakaran. Kita juga berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lain.

"Api di permukaan telah dipadamkan sepenuhnya. Apa yang kita bimbang adalah api dari dalam tanah gambut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, kepekatan tahap pencemaran udara sudah berkurang.

"Daripada pemantauan kita dapati keadaan kini terkawal dan gas terhasil daripada kebakaran itu sudah berkurangan namun debu meningkat disebabkan operasi pengeboman air dari udara (water bombing) oleh pihak bomba.

"Selain itu, kita juga menggunakan termal dron bagi mengenal pasti tahap kebakaran di permukaan bawah untuk memudahkan pihak bomba melakukan operasi pemadaman,” katanya.