GEORGE TOWN - Sistem parkir pintar Penang Smart Parking (PSP), yang mengalami masalah teknikal pada Rabu dijangka beroperasi seperti biasa pada jam 6 pagi Khamis
Syarikat HeiTech Padu Bhd yang membangunkan aplikasi itu dalam satu kenyataan pada Rabu, memohon maaf kepada pengguna atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan syarikat tersebut telah mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.
"Rekod e-dompet pengguna telah dipulihkan dan kami menjangkakan semua urus niaga akan beroperasi seperti biasa pada pukul 6 pagi esok,” menurut syarikat tersebut.
PSP merupakan inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menggantikan sistem kupon dengan kesemua pembayaran dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diperkenalkan sejak 2019.
Ribuan pengguna aplikasi tersebut terkejut apabila mendapati baki akaun dalam e-dompet bertukar menjadi RM4.40 pada Rabu disebabkan oleh masalah teknikal, walaupung baki amaun mereka adalah lebih tinggi sebelum ini. - Bernama