KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2019 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.
Buat julung kali, istiadat itu menggabungkan Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan bersama Pegawai Kadet Graduan daripada Akademi Tentera Darat, Kapal Diraja Sultan Idris I dan Akademi Tentera Udara.