'Penubuhan RCI untuk pelihara TH'

Iklan
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Tabung Haji (TH) adalah bagi memastikan institusi milik umat Islam itu terus terpelihara, terbela dan tidak diperkotak-katikkan atas apa jua tujuan.

Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka antara yang paling konsisten menuntut penubuhan RCI tersebut sejak tahun 2019 lagi.

Iklan
Iklan

"Menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan penubuhan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH.

"Pemuda UMNO antara yang paling konsisten menuntut penubuhan RCI sejak tahun 2019 lagi bagi memastikan institusi milik umat Islam ini terus terpelihara, terbela dan tidak diperkotak-katikkan atas apa jua tujuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong berkenaan untuk RCI ditubuhkan bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Seri Paduka Baginda turut memperkenankan pelantikan enam Ahli RCI itu diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif sebagai Pengerusi.

Iklan

Beliau berkata, lima ahli lain adalah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Pengasas RHB Group, Tan Sri Abdul Rashid Hussain; bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid; Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Unishams) yang juga Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC), Profesor Dr Asmadi Mohamed Naim serta Akauntan Bertauliah yang juga Timbalan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon.