MB perlu bersama rakyat, bukan lawatan kerja luar negara: Najib

Iklan
Najib ketika tiba di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee hari ini.

JOHOR BAHRU - Tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang kini berada dalam lawatan kerja di Batam, Indonesia tatkala isu pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan sebagai kepala nombor satu kerajaan negeri.

Perkara itu dikritik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan kewajaran pemimpin itu mengutamakan lawatan kerja luar negara berbanding nyawa rakyat negeri ini.

Iklan
Iklan

"Saya fikir di saat suasana macam ini, Menteri Besar (Osman) tidak patut berada di luar negara, beliau perlu ada di sini dan perlu ikuti rapat perkembangan masalah yang berlaku, sebab ia serius.

"Sepatutnya tangguhkan dulu... apa yang mendesak sangat, ketika banjir besar pada 2014, saya balik dari percutian di Amerika Syarikat untuk membuat lawatan, ini serius kerana melibatkan nyawa,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat Medan Niaga Kampung Melayu Majidee, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Najib turut mengkritik tindakan kerajaan Johor yang dilihat lewat melakukan kawalan keadaan sehingga mengakibatkan pertambahan jumlah mangsa terjejas begitu drastik.

Iklan

"Sepatutnya insiden ini boleh dielakkan kalau nasihat diberikan Ketua Pengarah Bomba diterima kerajaan negeri dan dilaksanakan.

"Sebab jabatan itu dah bagi teguran bahawa sisa toksik itu amat merbahaya,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pekan itu tiba di pekarangan Medan Niaga Kampung Melayu Majidee kira-kira jam 11 pagi sambil disambut ratusan pengunjung di kawasan itu.

Ketika lawatan Najib sempat meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat selain melayan permintaan mereka untuk bersalaman dan berswafoto,” katanya.