Pekerja di UK tidak perlu lagi pakai pelitup muka

Iklan
Pekerja-pekerja tidak akan memakai pelitup muka di London mulai minggu depan. - Foto AFP

LONDON - United Kingdom (UK) mengumumkan pada Rabu bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes Covid-19 akibat varian Omicron akan ditarik semula.

Ia berikutan data-data menunjukkan jangkitan akibat varian tersebut telah mencapai tahap maksimum dan kembali menurun semula di UK.

Iklan
Iklan

Arahan bekerja dari rumah akan ditarik balik dengan segera manakala mulai minggu depan mereka tidak perlu lagi memakai pelitup muka dalam suasana apa pun atau menggunakan apa yang disebut sebagai pas Covid-19 untuk memasuki tempat seperti kelab malam.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson memberitahu anggota-anggota parlimen bahawa kempen suntikan penggalak telah memungkinkan perubahan itu berlaku.

Iklan

Beliau menyatakan lebih 36 juta suntikan penggalak telah dilakukan dengan lebih 90 peratus penduduk berusia 60an diberikan suntikan ketiga manakala kadar kes Covid-19 telah menurun dalam tempoh beberapa minggu.

Johnson memberitahu, saintis-saintis UK percaya kemungkinan gelombang Omicron sekarang sudah memuncak tetapi memperingatkan bahawa pandemik Covid-19 masih lagi belum berakhir. - Agensi

Iklan