Perhiasan Tradisional

Iklan
Tokong Kek Lok Si yang terletak di atas bukit Air itam yang berusia 131 tahun mula dihiasi dengan tanglung berwarna-warni sempena sambutan Tahun Baharu Cina. 

Lebih daripada 10,000 tanglung tradisional Cina, ribuan lampu neon dan LED dipasang di tokong Buddha sebagai menyambut ketibaan Tahun Harimau pada 1 Februari ini.

Tokong itu menjadi tempat seindah kayangan apabila dilimpahi cahaya lampu tanglung bergemerlapan di samping percikan bunga api di ruang udaranya.

Upacara pencahayan perhiasan tanglung itu akan diadakan pada 28 Januari ini.

 - Foto Bernama.