Hina pemimpin negara: Ambil tindakan tegas sebelum membarah

Iklan
Akmal meninjau aktiviti Program Jelajah Demi Harapan Rakyat.

LUMUT - Kerajaan perlu bertindak tegas dalam usaha mengekang salah guna media sosial termasuklah menghina kepimpinan negara dengan kata-kata jelik yang dilihat semakin berleluasa akhir ini.

Ketua Armada Lumut, Akmal Maradzi berkata, kebebasan bersuara ada hadnya, jangan sampai menghina dan menjatuhkan maruah orang lain.

Iklan
Iklan

"Memang benar, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan suara, tapi menghina itu amat salah dan boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat Malaysia khasnya.

"Terbaharu ini, terdapat seorang yang mendakwa dirinya penganalisis politik bebas didapati telah menghina Perdana Menteri laman Facebooknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Baru-baru ini, terdapat entri Facebook seorang lelaki dipercayai dari Sabah secara jelas menghina Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kata-kata jelik.

Video berdurasi 40.07 minit itu telah mendapat lebih 200 perkongsian di laman sosial.

Iklan

Akmal berkata, tiada salahnya jika berbeza pendapat atau pandangan politik, namun tindakan menghina serta mengeluarkan kata-kata jelik tidak sepatutnya dilakukan.

"Bersatu khuatir jika pihak berkuasa lewat mengambil tindakan, perkara sama akan berulang, mungkin akan dilakukan individu lain pula.

"Saya berharap tindakan tegas segera diambil kepadanya agar ia dapat menjadi pengajaran kepada pihak lain," katanya.

Rata-rata warganet juga mengkritik lelaki berkenaan.

Sementara itu, Akmal turut mengulas Program Jelajah Demi Harapan Rakyat di Mukim Pangkor baru-baru ini yang melibatkan beberapa agensi dan jabatan kerajaan dalam usaha mendekati masyarakat setempat.

Lebih 2,000 pengunjung mendapat manfaat daripada program yang melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bahagian Pembangunan Luar Bandar Pejabat Daerah Manjung (PLB), Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM).

Turut bersama menjayakan program ini adalah Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan juga Biro Kebajikan Armada Bersatu Lumut.

Program sedemikian akan diteruskan di setiap mukim dalam daerah Manjung agar manfaatnya itu dapat digunapakai kepada seluruh rakyat di daerah ini.

"Kita mengharapkan agar lebih banyak lagi agensi dan jabatan kerajaan termasuk pihak swasta untuk bekerjasama dalam program seperti ini lagi,” ujarnya.