SHAH ALAM - Tiga wakil parti pembangkang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen, pada Khamis.
Pertemuan selama satu jam itu melibatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bagi membincangkan mengenai beberapa perkara.