Bukan makanan RMT: Mohd Radzi

Iklan
Dr Mohd Radzi menjelaskan gambar nasi putih dan kuah yang tular bukan makanan yang disediakan untuk murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

SHAH ALAM - Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin tampil menjelaskan gambar nasi putih dan kuah yang tular bukan makanan yang disediakan untuk murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menurutnya, wakil Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook yang menularkan mengenai gambar makanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

"Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Beliau menegaskan KPM sentiasa berusaha menambah baik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima program tersebut.

"Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021," katanya.

Iklan