KUALA LUMPUR - Seorang penuntut universiti swasta hari ini dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan termasuk sebungkus coklat di semua pasar raya.
Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menjatuhkan hukuman itu terhadap Rohaiza Fathar, 20, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebungkus coklat, dua bungkus gula-gula, tujuh helai baju dan sebuah beg sandang, yang kesemuanya bernilai RM559.70 di sebuah pasar raya, pada 1.30 petang, 30 November lepas.
Menurut fakta kes, pengadu yang merupakan pengawal keselamatan di pasar raya itu telah melihat seorang wanita mengambil bungkusan coklat dan memasukkannya ke dalam beg plastik, manakala bungkusan gula-gula dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
Pengadu telah menahan wanita itu dan membawanya ke bilik keselamatan untuk pemeriksaan.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat baju dan sebuah beg sandang dalam beg galasnya di mana tertuduh juga gagal menunjukkan bukti pembayaran terhadap kesemua barangan tersebut.
Terdahulu, remaja itu, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia dipengaruhi oleh rakan sebaya untuk melakukan perbuatan berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Rohaiza membayar denda tersebut. - Bernama