Bekas ahli biologi bidas dakwaan Zuraida

Iklan
Sebelum ini kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin mengundang pelbagai kecaman netizen. Ciapan dimuat naik June di Twitter pada Khamis.

SHAH ALAM - Bekas ahli biologi orang utan, Dr June Mary Rubis membidas dakwaan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin kononnya lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini.

June yang berasal dari Sarawak berkata, dia sebagai bekas pengkaji orang utan liar dan terlibat dalam kerja konservasi orang utan di lapangan dari Sarawak hingga Kalimantan Tengah mengetahui sifat sebenar orang utan.

Iklan
Iklan

Katanya, hakikat sebenarnya orang utan sangat takutkan orang lelaki berbanding ketakutan manusia terhadap orang utan itu sendiri.

"Saya juga mempunyai pengalaman dengan orang utan yang ditangkap untuk dipindahkan kerana pembukaan ladang dan sebagainya. Orang utan yang paling ditakuti orang ialah yang pernah didekati lelaki. Malangnya, orang utan ini sering dikurung.

Iklan

"Orang utan liar yang dibiarkan bersendirian seboleh-boleh mahu mengelak daripada manusia.

"Komuniti orang asli yang berkongsi tempat dengan orang utan mempunyai hubungan yang kompleks antara mereka, tetapi tidak ada antara haiwan ini yang menunjukkan gerak badan seolah-olah 'jika kita tidak membunuh mereka dahulu, mereka akan membunuh kita'," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Iklan

Pada 5 Januari lalu, Zuraida mendakwa bahawa masih terdapat banyak orang utan di Malaysia bagi menolak tanggapan orang utan makin pupus di negara ini kerana penanaman pokok kelapa sawit.

"Di Malaysia, kalau anda jumpa orang utan, haiwan itu akan bunuh anda dulu, bukan anda bunuhnya, betul tak?” kata Zuraida pada majlis dialog Majlis Minyak Sawit Malaysia 2022 dan rakaman video ucapan beliau turut tular di media sosial dan dikecam ramai.

Justeru itu, June menyifatkan mereka yang mempunyai pandangan sedemikian adalah mereka yang telah menceroboh orang utan dan wilayah orang asli tanpa kebenaran atau dengan hubungan kuasa yang lebih besar.

"Anggapan bahawa orang utan berbahaya kepada manusia, mendedahkan kejahilan kita sendiri terhadap alam semula jadi," ujarnya lagi.