Kenapa gagal cari kelemahan RFID ketika tempoh percubaan?

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pihak bertanggungjawab yang gagal mencari kelemahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sepanjang tempoh percubaan sebelum ini.

Menurutnya, isu berhubung penggunaan RFID tidak akan timbul jika ia berfungsi seperti diharapkan.

Iklan
Iklan

"Teknologi itu dianggap kecundang disebabkan sistem RFID gagal mengesan atau membaca pelekat yang ditampal pada kenderaan pengguna lebuh raya.

"Ia menyebabkan banyak kenderaan terpaksa mengundur sebelum memasuki semula lorong RFID untuk membolehkan palang plaza tol dibuka.

Iklan

"Mengapa kelemahan itu masih berlaku sedangkan semua sedia maklum tempoh percubaan RFID telah pun bermula sejak 3 September 2018? Persoalannya apakah permasalahan itu tidak dapat dikenal pasti sepanjang tempoh percubaan dan diperbaiki sebelum dilaksanakan secara meluas?," katanya dalam satu hantaran di laman facebooknya pada Khamis.

Pelaksanaan RFID yang dimulakan secara berperingkat bermula 15 Januari lalu mengundang kemarahan pengguna lebuh raya terbabit apabila mereka terpaksa berdepan kesesakan teruk di beberapa plaza tol.

Iklan

Justeru, kerajaan telah memutuskan pengguna lebuh raya perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan RFID, Touch N Go (TnG) atau SmartTAG untuk bayaran caj tol.

Ahmad Zahid berkata, pihak bertanggungjawab juga perlu menyalurkan maklumat tepat cara penggunaan RFID jika benar ada pemilik kenderaan yang tersilap memasang pelekat tersebut.

"Perkara seperti ini perlu dielakkan daripada berulang kerana rakyat tidak sepatutnya menjadi subjek 'try and error' dan keuntungan jualan pelekat," jelasnya.