KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang Felda Kechau 6 dan Ladang Felda Kechau 9 di Mukim Kechau, Lipis, Pahang akan dilaksanakan mulai 22 Januari ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di dua lokaliti terbabit.
Menurut kenyataan menerusi laman Facebook, beliau berkata PKPD di lokaliti itu dijadualkan tamat pada 4 Februari. - Bernama