Farmasi Health Lane buka cawangan ketiga di Kuantan

Iklan
Kar Weng (tengah) bersama Jia Juin (kanan) dan Wei Yin menyempurnakan gimik perasmian pembukaan Farmasi Health Lane Putra Square di sini pada Khamis.

KUANTAN - Farmasi Health Lane meluaskan rangkaian perkhidmatan melalui pembukaan cawangan baharunya di Malay Town, Putra Square di sini pada Khamis.

Cawangan itu adalah yang ketiga di Kuantan selepas cawangannya di Taman Tas dan Tanjung Lumpur di sini.

Iklan
Iklan

Farmasi Health Lane yang memiliki pengalaman selama 34 tahun dalam perkhidmatan farmasi kini memiliki 150 cawangan seluruh negara termasuk Sarawak.

Pengurus Pemasaran, Lau Kar Weng berkata, selain menawarkan keperluan ubatan dan produk kesihatan diluluskan, Farmasi Health Lane Putra Square turut menawarkan perkhidmatan fasiliti rehabilisasi termasuk kerusi roda,katil hospital, tabung dan konsentrator oksigen untuk keperluan pesakit.

Iklan

Menurutnya, kemudahan itu boleh diperoleh sama ada membeli atau secara sewaan.

"Selain ini kami juga menawarkan bantuan berhenti merokok melalui khidmat nasihat secara percuma kepada mereka yang berhasrat untuk berhenti dari tabiat itu.

Iklan

"Bagaimanapun produk yang digunakan untuk tujuan itu adalah berbayar," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian pembukaan farmasi itu di sini pada Khamis.

Turut hadir, Pengurus Kawasan yang juga ahli farmasi, Law Jia Juin dan Pengurus Cawangan Health Lane Putra Square, Koh Wei Ying.

Kar Weng (tengah) bersama Jia Juin (kanan) dan Wei Yin menunjukkan pelbagai produk yang ditawarkan Farmasi Health Lane Putra Square, di sini yang dibuka secara rasminya pada Khamis.

Kar Weng berkata, turut ditawarkan khidmat nasihat formula permakanan secara profesional oleh pakar kepada pengidap diabetis.

Katanya, ia bagi membantu pesakit mendapatkan diet makanan yang sesuai bagi mengawal tahap gula dalam darah.

"Pada masa sama, kami juga turut menyediakan perkhidmatan bekalan ubatan terkawal kepada pesakit melalui saranan doktor yang memeriksa dan merawat mereka sebelum ini.

"Perkhidmatan ini membantu memudahkan pesakit untuk mendapatkan ubatan mereka sekitarnya terdesak atau tidak dapat menemui doktor untuk menyambung bekalan ubat yang diperlukan," katanya.

Tambah beliau, orang ramai juga boleh mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan seperti ujian asid urik, gula dalam darah, dan kolestrol secara percuma sempena pembukaan cawangan baharu itu.

"Kami menawarkan kad keahlian percuma kepada 500 pelanggan pertama yang berdaftar selain pemberian pek tisu basah dan beg kitar semula bagi setiap pembelian sementara stok masih ada.

"Bagi pembelian minima RM60, pelanggan akan menerima baucar diskaun RM5 kecuali bagi produk susu dan ubatan," katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan keperluan kesihatan mereka di tiga cawangan Farmasi Health Lane yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam (cawangan Taman Tas) dan dari 9 pagi hingga 9 malam ( cawangan Putra Square dan Tanjung Lumpur).

"Pelanggan juga boleh membuat pembelian secara dalam talian dimana kami menyediakan khidmat penghantaran ke rumah," katanya.

Kar Weng berkata, pihaknya merancang untuk menambah cawangan baharu tahun ini bagi menawarkan perkhidmatan lebih luas kepada orang ramai.

Sementara itu katanya, Farmasi Health Lane bersama Neutrovis turut melaksanakan khidmat sosial korporat (CSR) melalui sumbangan 300 kotak pelitup muka kepada rumah orang tua dan rumah anak yatim sekitar Kuantan, pada Rabu.

Farmasi Health Lane bersama Neutrovis turut melaksanakan CSR melalui sumbangan 300 kotak pelitup muka kepada rumah orang tua dan rumah anak yatim sekitar Kuantan, pada Rabu.

Bagi activiti CSR yang memerlukan bantuan, boleh menhubungi Kar Weng melalui talian 016 221 8808.